
Salam buat semua paragoners,
Dah lama aku tak menulis dalam Buletin Paragon ni, dan yang pastinya apa yang akan aku tulis melibatkan artis-artis tempatan, artis indie khususnya.
Sebenarnya isu ini bukan baru, sudah lama dibentangkan terutama pihak media tetapi tiada tindakan susulan. Isu yang cuba dibangkitkan oleh orang media ini hanya dipandang sebagai penghias suratkhabar masing-masing, sedap dibaca tetapi cuma setakat itu saja. Ada juga pendapat dari orang radio tetapi seperti biasa, mereka menafikan mengutamakan lagu luar walaupun kita yang mendengarnya di stesen Melayu penuh dengan lagu Indonesia.
Lepas Ungu, muncul Nidji, Andra The Back Bone, Samsons, Sheila On 7, Gigi dan macam-macam lagi nama. Itu yang popular dan single mereka diterima di negara mereka. Sekurang-kurangnya yang sudah diterima dan dikenali, cuba dibawa masuk tetapi yang peliknya, ada lagu yang belum tentu diterima di sana tetapi dimainkan di sini.
Inilah prihatinnya sesetengah orang radio sehingga ada di antara mereka yang sanggup membeli dan memborong album di Jakarta untuk disiarkan di radio masing-masing dengan harapan merekalah radio pertama yang memainkan lagu itu. Sikap mendahului dalam persaingan tidak sihat ini secara tidak langsung mendahulukan lagu luar daripada lagu tempatan.
Kalau dulu, radio selain kita mendengar untuk berhibur, kita ingin tahu lagu baru yang berada di pasaran. Radio juga menjadi medium untuk mempromosikan lagu serta album yang berada di rak album di kedai-kedai yang menjualnya. Namun sekarang sudah lain, lagu yang tiada di dalam pasaran Malaysia pun mereka boleh mainkan, asalkan mereka menjadi stesen pertama menyiarkannya.
Lebih sayu, sedih dan haru apabila pembelian album itu atas tajaan pihak tertentu di atas entah apa alasan sebenarnya. Mereka yang dikategorikan sebagai orang korporat jugalah yang cuba membawa artis luar untuk mengadakan konsert di Malaysia. Mereka mahu taja konsert artis tempatan, huh! Jangan harap kerana minat mereka (mungkin orang-orang berpangkat besar di dalam korporat itu) yang menggilai muzik Indonesia.
Hendak dijadikan cerita, konsert Pesta Malam Indonesia kali ke-2 baru-baru ini mencetuskan perbalahan sesame penonton. Paling ketara kita boleh menyaksikan badan Ariel Peter Pan tanpa baju di atas pentas. Ironiknya, bila ia berlaku pada artis kita, mudah dan cepat sangat kita menjatuhkan hukum. Orang luar kita cuba pejamkan mata sebelah. Inilah percaturan dunia hiburan tanah air, keadilan entah lenyap ke mana.
Akhir kata, sokonglah industri muzik kita kerana hanya kita saja yang mampu melakukannya.







.jpg)

Pertandingan antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, di mana
Ukuran padang
Saiz Bola
























