Nampak gayanya kita kena ajak team ni wat Friendly ngan kita...
Dengaq cite depa ni Finalist Utara dan mewikili region utara ke I-metro kat Ganu...
Team ni nama ganaih jugak.. Eguana, cam nama spesis biawak..(bkn nak kutuk), tapi menurut PR team ini, Cik Ruzila, team ni selain tere main Futsal, meke juga tere main Bowling.
Kalau sapa2 nak jadi Fan Club Eguana boleh hubungi setiausaha kehormat EguanaWorld FC, En. Rosly.
p/s: gambo kat bawah ini confidential skit, tapi setelah diejas berkali2 oleh Fan No.1 EguanaFc, Mr. Rosly, akhirnya dapat juga menatapi wajah2 player Eguana yg daring2 tu..
ni dia..!! jersi yg sesuai utk paragorn..walaupun x mengancam..tp menggunakan fabrik yg paling berkualiti yg pernah ada kt Siam..hehehhe ( standard la..). dengan menggunakan benang dari ulat sutera,ulat bulu,ulat gonggok serta ulat buah..jersi ini menampilkan kelainan kpd pemain2 Paragorn bila menggunakan pada kejohanan akan datang. Ringan serta kurang bau hapak merupakan ciri2 istimewa jersi ini disamping menampilkan warna yg sedikit "tanjong" merupakan kelebihan kpd paragorn apabila menggayakannya..tak kira semasa bermain futsal, keluar dating ngan awek, pi melawat umah pak mertua ataupun semasa bertandang ke rumah kwn2 pada hari raya nanti.. dengan menggunakan kepakaran Chow Sin Chee a.k.a Stefen Chow, jersi ini juga menampilkan satu bentuk kelainan kerana dijahit tanpa menggunakan benang..tetapi menggunakan tali tangsi yang di sponsor oleh Geng Mengail & Pancing Co..( terima kasih kpd Yazir GSBU ). antara kelebihan2 jersi ini:
1- tak perlu basuh stlah menggunakannya..buang ajer.. 2-tak perlu iron..gosok dgn berus sabut jer...
Namanya pun artis baru... mestilah seronok kalau dapat publisiti. Bolehlah dia dikenali oleh peminat. Kalau banyak publisiti, makin besarlah peluangnya untuk dikenali. Tapi Buletin Paragorn ada dengar cerita tak sedap pasal seorang artis baru dr BU MCP ni. Ceritanya lebih kepada pengurusnya yg berkacamata. Kebetulan pengurusnya pun ada hubungan kekeluargaanlah dengan si artis baru tu. Agaknya apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pengurus itu dirancang bersama. Kalau si artis baru tu tak tahu menahu pasal kelakuan pengurusnya, kira kesianlah kepada artis baru tu sebab dapat tempias yang tak elok. (susah betul hanset kat tangan ni...)
Macam ini ceritanya. Si pengurus kepada artis baru ini suka sangat menelefon wartawan dan sibuk nak tahu bila artikel pasal si artis akan disiarkan. Macam tak sabar-sabar pula. Tak sanggup tunggu langsung.(pedih mato..) Kalau setakat telefon sekali sambil bertanya khabar tu tak apa lah juga. Ini tak putus-putus dihubungi wartawan selagi artikel tak disiarkan. Rimas wartawan itu dibuatnya, sebab itulah dia mengadu kat Buletin Paragorn semasa minum bersama-sama di sebuah kafe baru-baru ini.(maso bilo kawe potong brek moto mu...!!) Daripada nak tulis panjang lebar cerita pasal artis baru itu, terus hilang mood dan tulis biasa-biasa sahaja. Kan dah rugi tu. Pengurus tu kena fahamlah tugas wartawan. Bukan nak layan artis awak tu sorang aje. Banyak lagi kerja si wartawan tu. (kawe nak balik Mache.....) Lebih parah lagi apabila si pengurus tu bukan sahaja telefon nak tanya pasal artikelnye, tapi sibuk juga meluahkan rasa tak puas hatinya kepada media lain apabila majlis anjurannya yang dihadiri oleh wartawan media itu juga tidak keluar-keluar.(wiwiwiwiwiwiwiwiwiwi......) Kalau macam itulah gaya dan cara kerja pengurus itu... alamatnya tak lamalah hayat si artis itu dalam bidang seni. Nak tunggu tengok apa akan jadi pada artis baru itu. Setakat ini tak nampak lagi benda besar yang dilakukannya. (la.. apsal cakap pasal kawen pulak...) Semoga si pengurusnya cepat-cepat berubah demi meningkatkan kerjaya artis baru yang dijaganya itu. Jangan dah tak ada orang nak hirau baru terhegeh-hegeh. (koya mu..!!!!)
Buletin Paragorn : Pernah lihat depan mata kisah jatuh bangun artis yang banyak kerenah. Masa susah sanggup pula menunduk muka dan cari wartawan... bila senang sikit tak ingat dunia. (nek evo konvert satria..)
Futsal Futsal = permainan mirip bola sepak yang di mainkan oleh dua buah pasukan dalam satu masa, yang masing-masing mempunyai lima orang semuanya. Selain lima pemain utama, spt biasa setiap pasukan memiliki pemain gantian. Istilah "futsal" adalah istilah yang berasal dari perkataan Spain atau Portugal iaitu ‘football’ dan ‘sala’.
Pertandingan antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, di mana Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam kejuaraan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara dirangkul Brazil. Brazil meneruskan penguasaan dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenanginya lagi pada kejuaraan berikutnya pada tahun 1984. Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil, tahun 1982. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Spain, tetapi terpaksa tunduk kepada Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia. Pertandingan futsal Antarabangsa pertama diadakan di USA pada Disember 1985, di State University Sonoma di Rohnert Park, California.
Ukuran padang 1. Ukuran padang: panjang 25-42 m x lebar 15-25 m 2. Garisan selebar 8 cm=sepanjang lapangan (court), 3 m (bulatan) 3. kawasan penalti: separuh bulatan berukuran 6 m dari gawang 4. penalty spot: 6 m dari titik tengah garis gawang 5. penalti kedua: 12 m dari titik tengah garis gawangUkuran gawang: tinggi 2 m x lebar 3 m
Saiz Bola
size 4
ukuran lilitan: 62-64 cm
Berat: 390-430 gram
Lambungan: 55-65 cm pada lantunan pertama
Jumlah pemain 1. Jumlah pemain untuk memulakan perlawanan: 5 orang, termasuk Goalkeeper 2. Jumlah pemain gantian: 7 orang 3. Jumlah gantian pemain: no limit 4. kaedah gantian: "bebas" (semua pemain kecuali penjaga gawang boleh memasuki dan meninggalkan lapangan secara bebas; pergantian penjaga gawang hanya dapat dilakukan semasa bola tidak dalam permainan dan dengan persetujuan pengadil perlawanan)
30 minit; waktu permainan. Ketika bola keluar masa dihentikan. Tendangan penalty akan dilakukan sekiranya keputusan seri.
Kejuaraan futsal terkemuka Piala Dunia Futsal FIFA 1989 (di Rotterdam,Holland): dimenangi Brazil 1992 (di Hong Kong): dimenangi Brazil 1996 (di Barcelona,Spain): dimenangi Brazil 2000 (di Guatemala): dimenangi Spain 2004 (di Chinese Taipei): dimenangi Spain.
Kehangatan pertandingan Gangstarz mula diperkatakan setelah kumpulan yang bertanding mula menunjukkan persembahan masing-masing. Kali ini persaingannya melibatkan kumpulan dari Filipina dan Thailand selaian tuan rumah Malaysia, Singapura dan Indonesia. Nampaknya kumpulan tiga jejaka dari Filipina, Paragon Child mula mencuri tumpuan peminat melalui konsert minggu pertama. Ternyata lagu Sayang Sayang nyanyian mereka begitu menarik dan mendapat pujian juri. Lagu tersebut pastinya sebuah lagu asing bagi mereka. Entah-entah baru pertama kali mendengarnya apabila dibawa ke Kuala Lumpur untuk menyertai Gangstarz. Mereka bijak memilih lagu. Sayang Sayang sebuah lagi yang dihasilkan di Malaysia oleh penyanyi Singapura, Aliff Aziz. Pastinya mereka bisa menarik minat orang Malaysia dan Singapura. Lagu Sayang Sayang menarik perhatian.
Kini sudah sampai ke acara kemuncak. Malam penentuan iaitu Finale Gangstarz.
Inilah ceritanya. Ringkas je. Semua band members BUNKFACE berasal dari Klang, Selangor. Mereka mula menunjukkan minat bermain muzik seawal tahun 2005. Sedari itu mereka memulakan langkah untuk memasuki pertandingan BLAST OFF! Biarpun tidak dijuang sebagai juara, mereka cukup berbangga kerana berpeluang mengutip pengalaman manis melalui pertandingan tersebut. Mereka meneruskan langkah dengan menulis lagu-lagu sendiri. Banyak rintangan yang dihadapi oleh mereka sepanjang bergelar pemuzik Indie. Dengan semangat dan motivasi yang tinggi, mereka terus dan terus berusaha sehinggalah dikenali oleh peminat-peminat muzik Indie tanahair. Bunkface telah pun mengeluarkan EP mereka yang pertama berjudul 'LESSON OF THE SEASON'. Ia memuatkan 6 trek lagu-lagu berbahasa Inggeris dengan genre muzik pop punk/alternative/rock. EP tersebut boleh didapati di:* G4 ground floor Plaza Seni Bandaraya ( Johor Bahru )* Inverno Music Station, Mahkota Parade ( Melaka )
TELUK BAHANG, 13 Ogos Salah seorang midfielder Paragon Rovers, Man Tiger, 24 (bukan nama sebenar) ditahan di sebuah banglo terkemuka di Teluk Bahang kelmarin. Sebuan dilakukan oleh Security Jabil dan dibantu oleh Pasukan Pengakap Muda dari Sek Rendah Jalan P Ramlee. Menurut ketua operasi yang hanya mahu dikenali sebagai Mamu, sebuan dilakukan ketika Pokey sedang leka membahagi daun pakau sambil diperhatikan oleh Mat Yun dan Zam Kucing. Man boleh dikenakan tindakan tatatertib iaitu mengopen KFC selama 3 tahun berturut-turut jika didapati bersalah. Ini boleh mengganggu prestasi pasukan Paragorn Rovers jika makan KFC terlalu banyak. Berikut ada kenyataan dari Kapten pasukan, Amran Bonceh, "Saya selaku kapten pasukan atas lantikan sendiri akan cuba untuk bermain diposisi Man Tiger semasa ketiadaannya selain bermain sebagai penjaga gol dan striker".
Hari yang bahagia buat semua debug hari ni. Honeymoon for debugs!!! Sebab yang pertama, board fail tak banya dihantar pada hari ni. Mungkin disebabkan production blom pump lagi. Tester FVT pun still under setup oleh vendor. Yang kedua, dah board pun tak dak, so, tak dak laaa..... hahahahahahaaaaahhhhh....
Kesan daripada kekurangan board fail, maka terhasilah satu fenomena di mana ramai debug tech melepak-lepak, bercit-cat sesama sendiri, mengumpat, mengayat operator dan tak kurang juga yang memberanikan diri mengsurf internet secara harami... (jangan sampai IT Department detect sudah la na...)
Sebenarnya benda ni pun bukan selalu nak jadi, so guys.... carry on with what you've done now. Bila ada can mengulat, ulat la... Tak kan nak pulun buat reja jugak kot? Nak debug apa? Board KGB pun nak debug ka?
Akhir kata, selagi kita bleh mengulat, marilah kita mengulat beramai-ramai... Tapi kalu kantoi, pastikan jangan beramai-ramai jugak. Sendiri mau ingatla... jangan pecah lobang na.... heeeee.... Ok lah, cukup nstakat ni dulu... nanti aku merapu lagi... adios
PARAGORN ROVERS sebelum ini belum pernah menyertai mana2 pertandingan futsal. Team ini mulanya adalah ditubuhkan setelah menerima email dari pihak penganjur (shift G16). Pemain2 Paragorn adalah gabungan antara Pemain Somnet,U-Thai (Olay United ), Amran, Sobri, Rosly,Nizam, Azman (Team SiskoFc), Izzard (G9 Athletic) dan Alias (DOM Estet).
Alias telah memberi cadangan supaya Paragorn menghantar barisan terkuat untuk menyertai kempen Liga futsal G16 setelah borang jemputan di hantar oleh Penganjur.
Apa yang pasti rata2 hampir 3-4 bulan tidak bermain futsal . Cadangan tersebut diterima sebulat suara dan Amran dilantik secara otomatik sebagai Kapten (lantikan sendiri).
Misi menyertai tournament ini hanya sebagai team jemputan tidaklah mengharapkan sebarang piala , kerana rata2 lawan kami adalah team yang lebih fit dan tidak pernah miss latihan mingguan.
Paragorn mendahului melalui sepakan mula jaringan somnet, dan gol kedua adlah hasil jaringan beliau. malang tidak berbau, Amran telah alami kecederaan jari yg serius dan mengakibatkan bolos 2 bijik menjadikan keputusan 2-2 lantas, bertukar posisi dgn izzard. Namun Amran menebus balik dengan jaringan cemey menjadikan 3-2 kpd Paragorn. 2 gol lagi dijaringkan oleh Somnet dan Alias menjadikan keputusan akhir 5-2.
Perlawanan 2: Paragorn Rovers lwn Gagak Utan(4-1)
VS
Perlawanan kedua ini menemukan pasukan adik beradik dalam pasukan Test Eng, macam AC Milan lwn Inter la gitu. Namun perlawanan ini tidaklah la rovers cam kat Italy itu kerana kedua2 team bermain fairplay. Permain agak seimbang namun nasib menyebelahi Paragorn dengan kemenangan 4-1 hingga tiupan wisel penamat (tak berapa pasti penjaring).
Perlawanan kali ini agak mencabar kerana pemain2 team ini amat lincah dan mempunyai skill yang mantap. namun begitu kedua2 team terasa keletihan dan saling berbalas serangan . Paragorn Rovers mendahului 1-0 pada babak pertama. Aksi berlansung pada babak kedua makin rancak dengan Neo Romantika hampir menyamakan kedudukan.Tapi tak lama kemudian Paragorn kembali menambah jaringan. Namun akibat kealpaan barisan benteng hampir2 sekali lagi mengakibatkan Neo menyamakan kedudukan sejurus sebelum wisel penamat ditiup.
Perlawanan 4: Paragorn Rovers lwn Jiwa Luka the Club(1-1) final
VS
Perlawanan terakhir ini merupakan perlawanan penentuan Juara Liga G16. Walaupun Paragorn Rovers hanya memerlukan hanya sekadar seri, dengan kelebihan satu mata. Namun kegusaran terasa dibenak pemain2 Rovers, kerana team terahkir ini merupakan team Faberet untuk memenangi Liga ini. Aku selaku kapten pasukan telah merombak corak permainan dengan bermain secara total defending ala2 Italy. Permainan kami agak membosankan kerana sering mengeluarkan bola serta melambat-lambatkan rentak permain. Separuh masa pertama tiada jaringan dihasilkan. Namun begitu kami dihadiahkan gol pada awal babak kedua membuatkan Jiwa Luka amat tertekan dan bermain dengan corak agresif dengan melakukan terjahan bahaya. Mereka berjaya merobek kubu Paragon setelah berlaku salah paham antara GK dengan Bek mengakibatkan Jiwa luka dapat merapatkan jurang. Tetapi keputusan seri tersebut meranapkan impian mereka dan sekaligus Paragorn Rovers dinobatkan Juara.
Rangking Liga:
1. Paragorn Rovers 2. Jiwa Luka the club 3. Neo Romantika4. Gagak Utan5. Mawar & Melor.