FutsalFutsal = permainan mirip bola sepak yang di mainkan oleh dua buah pasukan dalam satu masa, yang masing-masing mempunyai lima orang semuanya. Selain lima pemain utama, spt biasa setiap pasukan memiliki pemain gantian.
Istilah "futsal" adalah istilah yang berasal dari perkataan Spain atau Portugal iaitu ‘football’ dan ‘sala’.
Sejarah
Futsal ditemui di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil. Ketrampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brazil khususnya, pada lapangan berukuran biasa. Pele,bintang terkenal Brazil, contohnya, mengembangkan bakatnya di lapangan futsal. Tatkala Brazil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang terus dikembangkan di bawah perlindungan Fédération Internationale de Football Association di seluruh dunia, dari Eropah hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oceania.

Pertandingan antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, di mana Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam kejuaraan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara dirangkul Brazil. Brazil meneruskan penguasaan dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenanginya lagi pada kejuaraan berikutnya pada tahun 1984.Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil, tahun 1982. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Spain, tetapi terpaksa tunduk kepada Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.
Pertandingan futsal Antarabangsa pertama diadakan di USA pada Disember 1985, di State University Sonoma di Rohnert Park, California.
Ukuran padang1. Ukuran padang: panjang 25-42 m x lebar 15-25 m
2. Garisan selebar 8 cm=sepanjang lapangan (court), 3 m (bulatan)
3. kawasan penalti: separuh bulatan berukuran 6 m dari gawang
4. penalty spot: 6 m dari titik tengah garis gawang
5. penalti kedua: 12 m dari titik tengah garis gawangUkuran gawang: tinggi 2 m x lebar 3 m
size 4
ukuran lilitan: 62-64 cm
Berat: 390-430 gram
Lambungan: 55-65 cm pada lantunan pertama

Jumlah pemain
1. Jumlah pemain untuk memulakan perlawanan: 5 orang, termasuk Goalkeeper 2. Jumlah pemain gantian: 7 orang
3. Jumlah gantian pemain: no limit
4. kaedah gantian: "bebas" (semua pemain kecuali penjaga gawang boleh memasuki dan meninggalkan lapangan secara bebas; pergantian penjaga gawang hanya dapat dilakukan semasa bola tidak dalam permainan dan dengan persetujuan pengadil perlawanan)
30 minit; waktu permainan. Ketika bola keluar masa dihentikan. Tendangan penalty akan dilakukan sekiranya keputusan seri.
Kejuaraan futsal terkemuka
Piala Dunia Futsal FIFA
1989 (di Rotterdam,Holland): dimenangi Brazil
1992 (di Hong Kong): dimenangi Brazil
1996 (di Barcelona,Spain): dimenangi Brazil
2000 (di Guatemala): dimenangi Spain
2004 (di Chinese Taipei): dimenangi Spain.
Piala Dunia Futsal AMF
1982 (di Sao Paulo, Brazil): dimenangi Brazil
1985 (di Madrid,Spain): dimenangi Brazil
1988 (di Melbourne, Australia): dimenangi Paraguay
1991 (di Milan, Italy): dimenangi Portugal
1994 (di Argentina): dimenangi Argentina
1997 (di Mexico): dimenangi Venezuela
2000 (di La Paz, Bolivia): dimenangi Colombia
2003 (di Paraguay): dimenangi Paraguay.

sekian......
ps* minta perbetulkan jika ada kesilapan fakta....
Saiz Bola

No comments:
Post a Comment