Jabil Circuit to retrench 3,000 workers worldwide
http://anilnetto.com/malaysian-financebusiness/jabil-circuit-to-retrench-3000-workers-worldwide/
Electronics contract manufacturer Jabil Circuit is set to cut its manufacturing capacity in certain regions and close 10 of its facilities worldwide.
It will reportedly retrench 3,000 of its 85,000 workers; 90 per cent of these retrenchments will take place outside the United States.
The company has more than 55 facilities in 22 countries, including sites in Bayan Lepas and Sungai Petani.
Baru-baru ini ada seorang rakan, pekerja kilang, sambil melawak beliau berkata seandainya anak perempuannya itu sudah besar nanti, jika sampai masa nak kahwin, dia akan periksa dahulu latarbelakang bakal menantunya itu, kerja apa? kerja di mana?
Kalau katakan kerja Engineer misalnya, tapi kerja di kilang, sure dia akan tolak awal-awal lagi (seperti mana-mana Bank-Bank sudah mula menolak loan application drpd pekerja-pekerja kilang sekarang : kerana VSS).
Kenapa nak tolak bakal menantu kerja Engineer lulusan Universiti macam tu, bukankah okey sebegitu? kata rakan saya ini, buat apa anaknya bersuamikan Engineer yang kerja kilang, nanti 5 tahun selepas berkahwin sudah ada anak sudah punya rumah dan kereta lawa-lawa, tiba-tiba kilang merudum, kena VSS, habis hilang rumah hilang kereta dan mungkin berantakan rumah tangga. Kata beliau, lebih baik bermenantukan org kerja gomen ataupun bidang lain yang tiada kaitan dengan kilang.
Mungkin ada benarnya kata-kata sahabat saya ini; tambah-tambah dalam suasana hari ini di mana kilang-kilang sedang membuang pekerja bagai nak rak. Lihatlah personal email dan sms di bawah , ada bermacam-macam cerita di sebalik VSS ini, ada yang memang genuine VSS di mana kilang tiada pilihan terpaksa bagi VSS kerana bisness merosot teruk, ada yang buang org secara paksa dengan berselindung di sebalik VSS, ada yang mengambil kesempatan kononnya bisness slow dan perlu buang orang, dan ada kilang yang agak baik hati yang mengumumkan satu tahun lebih awal bahawa kilang akan ditutup dan pekerja ada masa sekurang-kurangnya satu tahun untuk cari kerja lain, dan macam-macam lagi.
Betapa apa pun kisahnya, mereka yang belum kena VSS cuma mampu membaca dan bersimpati sahaja, tapi bagi mereka yang merasainya, bak kata pepatah lama betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
Mewakili rakan-rakan industri seluruh Malaysia, atas nama persahabatan, saya ingin rakamkan rasa simpati yang tidak terhingga kpd mereka yang TERPAKSA mengambil VSS dan masih tiada kerja hingga sekarang.
Bersabarlah, insyaallah di hujung kesabaran itu ada jawapannya.
No comments:
Post a Comment