Krung krang krung krang...
Mat Zam tekun menolak troli. Tujuannya hanya satu, nak bukak chasis board Barry.
Pagi-pagi lagi Apek Mabok dah mai hantaq 8 bijik Barry.
"Ini new incoming from JMX punya. You kasi clear ini hari. Esok sudah Saturday maa... I takut nanti aging plak...." bebel si Apek Mabok sambil mulut ada bau-bauan todi. Entah berapa botoi dia langgah semalam.
Sambil menolak troli yang tayar tak cukup minyak gris,Mat Zam berkira-kira yang dia nak settlekan semua board ari tu jugak. Salah satu sebabnya, dia nak balik awai. Nak cargas pi ambik nyok kat Tanjong.
Dari jauh Mat Zam nampak Azwa Tonggek tengah pulun pasang chasis. Time shift pagi ni memang tekun dia buat keja, sebab nak bodek bos. Maklumlah, Azwa Tonggek ni tak berapa nak lawa, jadi dengan cara memulun buat keja ni lah strategi dia nak ambik hati bos.
Bila bos dah suka, baru la gaji naik banyak skit time review nanti. Azwa Tonggek dah lama teringin nak seluar beli Levi's butik. Sebelum ni setakat mampu beli kat Rosly Selasih ja.
"Wa, tolong bukak chasis board aku. Aku nak ambik board ja. Chasis tak mau", Mat Zam bersuara sambil kontrol pitching ala-ala Hail Amir mengorat Uji Rasid.
"Tak dak, tak dak... Aku sibuk ni. Hang tak nampak kat board production punya banyak. Aku kalut ni. Mat Nepal pun kalu dah bleh kluaq break, tak reti-reti nak masuk. Aku sorang ja dok pulun dari tadi. Semua nak harap aku, esok kalu aku tak dak pakai caca marba la..." Azwa Tonggek berleter. Vo;ume suara saja ditinggikan sebab time tu manager tengah round kat tempat dia. Baru nampak buat keja beb...
"Kalu la hang tengah kalut, takpa la... Aku letak troli aku kat sini. Sat Mat Nepal masuk, hang suruh depa bukak board aku." Mat Zam try pujuk Azwa Tonggek.
"Ah sudah, jangan nak buat menyemak tempat aku. Bawak balik troli hang ni. Jangan nak gatai letak kat sini. Sat buta-buta ja depa kata WIP aku banyak." Azwa Tonggek separuh menjerit.
"Hang ambik troli hang ni balik. Sat lagi Mat Nepal masuk baru hang mai..." kata Azwa Tonggek sambil jeling-jeling maut Rozita Che Wan.
"Na'aram betoi la dia ni. Awat ingat board RMA ni low class sangat ka? Babi betoi....
Takpa.. takpa... balik satgi aku nak singgah Maybank. Nak check akaun ASB aku. Cukup ja 20billion, aku nak beli company ni. Time tu hang la orang pertama aku hantaq pi cawangan Uganda." getus hati Mat Zam sambil tolak troli.
Air matanya mula bergenang di kelopak mata setelah dimalukan di depan awek-awek Vietnam....
No comments:
Post a Comment