Macam-macam komen yang gua dengar lepas Manager buat pengumuman tentang shift pattern baru, 4-3-4-3.
Yang komen semuanya rata-rata dari geng-geng shift. Gaji sikit la.. Nak cabut la... Nak buat part time la... Nak meniaga la... Macam-macam ada...
Apa yang gua nampak dari situasi ni ialah (ni pendapat gua, bukan nak kutuk sapa-sapa pun), kita sebenarnya sedikit alpa dengan rezeki yang kita dapat.Gua tak sebut kita tak bersyukur, tapi mungkin ada yang kita terlepas pandang tanpa kita sedari.
Sebab apa gua cakap macam tu? Ok, jom kita go thru balik perkara yang kita selalu bising-bising time review. Time tu yang paling tak puas hati tentulah geng-geng shift kan? Gaji naik sikit berbanding dengan geng-geng normal.
"Kroni"
"Pilih bulu"
"Bodek kuat"
"bla...bla...bla..."
Tapi disebaliknya, gua nampak satu benda ja. Semua dapat sama saja. Malah kadang-kadang, keja shift dapat lebih lagi tiap-tiap bulan. Tak ada yang dapat banyak, tak ada yang dapat kurang, full stop.
Ok, cuba kita bayangkan situasi ni, si A ni kerja normal shift, pada review lepas, dia mendapat kenaikan sebanyak RM150. Si B pulak seorang pekerja shift, mendapat kenaikan gaji sebanyak RM50.
Skarang nampak macam kelebihan ada kat si A. Tapi jangan lupa, si B ni pekrja shift dimana dia bekrja 12 jam sehari dan layak mendapat auto OT sebanyak RM200 sebulan. (Gua buat ni sebagai gambaran mudah untuk senang korang paham)
Ok, sekarang dah nampak?
Dah, pegi buat kerja,bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Itu baru sikit ja yang Tuhan tarik. Kalu Dia tarik semua? (company lingkup) Kita gak rugi kan?
1 comment:
dari sudut jangka pendeknya mmg la nmpk golongan shift yg untung.
tapi cuba kita lihat dari sudut jangka panjangnya....
kalau increment seperti yg disebut itu,normal shif RM150,shif RM50.
contoh utk 10 tahun yg akan datang,
jumlah lahabau normal shift tu naik RM1500,org keja shift mcm kulibatak RM500,
keja sama2 tapi makin lama, makin jauh beza gaji dia dgn kita,
x.rasa terkilan ka?...
keja shift dpt auto OT?kalau jln 4-3-4-3 ada auto OT ka der?...
so x.da kelebihannya pun der...
bab bonus plak...
gaji naik lebih, bonus pun dapat lebih.gaji naik sikit???....
kira la klu 10tahun pun camtu gak....
tu blom lg masuk bab profit sharing lg...
fitrah manusia,kalau sesuatu itu boleh bg manfaat utk dia,
dia akan cari mcm2 cara & alasan utk bg benda tu nampak cantik,
ini bknlah pendapat penulis semata2,
tapi ini mmg lahir dari hati yg x.puas hati...
Post a Comment