"Lahanattttt......"
Mat Lam menghepas pintu loker sekuat hatinya. Marah betoi dia pagi tu. Dah macam tuan bendang yang kehilangan baja subsidi Cap Dacing dek kerana dirembat tekpit.
"Mentang-mentang la aku tak hensem, senang-senang ja dia reject noo... Budak ME yang hensome bangat tu senang plak dia dapat. Tak puas ati betoi aku dengan minah ni...." bebel Mat Lam sorang diri.
Tanpa disedari, leteran Mat Lam didengari oleh Bang Li yang sejak dari tadi tengah asyik menyapu foundation brand MAC ke mukanya. Oleh kerana, loker Bang Li hanya berjarak 5 meter 7 hun dari loker Mat Lam, segala leteran Mat Lam jelas didengari.
"Awaitnya Mat Lam?" Bang Li bertanya dengan loghat orang Sungai Chena'am. Mencuba cucuk jarum.
"Syeeda Gebu budak HR Department tu la...." jawab Mat Lam sambil buat muka terkejut sebab Bang Li muncul secara tiba-tiba dari celah loker.
"Await? Dia buat apa kat hang? Hang mengorat dia tapi dia tak layan ka?" Bang Li mencucuk lagi. Cuba mendapatkan penjelasan dari Mat Lam.
"Huishhh... Hang gila kot. Tak kelapaq aihh aku nak mengorat dia. Setakat macam dia tu, hang pi kat R&R Bagan Ajam senang-senang ja dapat la..." kata Mat Lam sambil menepuk-nepuk dada berbulunya.
"Abih tu, yang hang pagi-pagi dah dok hangin kat dia pasai apa?" Bang Li tanya lagi.
"Tak la, ari tu dia ada bagitau masa briefing kat aku masa mula-mula aku keja kat sini yang kalu kasut kita koyak ka, buruk ka, naik belutin ka, bleh pi tukaq kat dia. Dia kata dia akan ganti yang baru time tu jugak."kata Mat Lam sambil berenti telan air liurnya.
"Tapi tadi aku nak pi tukaq la kat dia sebab kasut aku dah koyak, alih-alih dia kata aku ni gila." sambung Mat Lam lagi.
"La... macam tu plak. Mana kasut hang? Meh aku tengok teruk sangat ka koyak dia" kata Bang Li sambil menunduk-nunduk ke bawah.
"Ni haaa... hang tengok. Ni bukan koyak dah, ni dah kira relah..." jawab Mat Lam sambil menyua kasut Adidas Samba Al-Ikhsannya ke muka Bang Li.
"Demmmm lu... Ni bukan kasut ESD!!!"
No comments:
Post a Comment