Thursday, December 6, 2012

Power tahap dewa...

Disebabkan 70% kerja kat rumah ni aku yang handle, so bila time bini berpantang ni aku lansung tak goyang...

Memang ada tanjak Jiwa Taiko....

Sekian....

Tuesday, December 4, 2012

Tournament futsal mantai_ger

Sabtu 1-Dec-2012, Mak Mandin, syarikat kapaiterbang honey tempat mantai_ger bekerja telah menganjurkan kejohanan futsal antara department. Seperti tahun lepas mantai_ger mengambil bahagian mewakili departmentnya. Dan pada tahun ini, mantai_ger telah melantik dirinya sendiri menjadi kapten pasukan.

Dalam kejohanan tersebut pasukan mantai_ger bermain cemerlang dengan menjadi Johan peringkat kumpulan. Antaranya membelasah team store 3-0 dimana mantai_ger berjaya menyumbangkan sebiji gol, dan seri menentang pasukan test 0-0.

 Akibat bermain dgn begitu baik pada peringkat kumpulan, semua ahli pasukan kepenatan menyebabkan pasukan kalah perlawanan peringkat kedua dgn 2-1 kepada team display dan 1-0 kepada team sustaining menyebabkan pasukan mantai_ger tidak layak untuk bermain di peringkat separuh akhir. Satu-satunya gol yang diperolehi dijaringkan oleh penjaga gol pasukan.

Perjuangan pasukan mantai_ger tamat lebih kurang pukul 12 tengahari. Sebelum pulang, mantai_ger membelasah sebungkus nasi beriani kapitan yg ditaja oleh syarikat. Mantai_ger pulang dengan kesakitan diseluruh tubuh badan dan di bahagian kaki.

Mantai_ger berazam akan menajamkan lagi skill kepimpinan/kekaptenannya supaya dapat membawa pasukan pergi lebih jauh sehingga dapat merampas posisi ambran_bonceh sebagai kapten dalam pasukan Paragorn Rovers. Mantai_ger juga berazam untuk menurunkan pasukannya utk training at lease sekali sebelum kejohanan serta lebih kerap bermain agar tidak berehat terlalu lama iaitu 10bulan sebelum perlawanan.